Saturday, October 2, 2010

novel baru~

Posted by syiqa baem at 12:11 PM
td aku p kb mall....xcited nak beli novel la konon nye....
aku pon beli la 2 novel....

Tajuk : Jodoh Atau Cinta
Penulis : Iman Nizrina
Sinopsis : Tengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato’ Arif bapa mentuanya.
Empat tahun hidup seperti gadis bujang tidak sedikit pun membuatkan Iman terfikir akan perpisahan. Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing-masing, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu,marah,geram,sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain,Danish melenting. Iman pula apabila Danish bermesraan dengan Maya,si gedik yang menyesakkan ,dia akan berjauh hati. Masing-masing saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.
Terlalu banyak peristiwa yang membuatkan cinta dalam diam mereka kembali menjadi satu. Dato’ Arif,Datin Hajar, Tengku Farid, Arissa menjadi tulang belakang cinta mereka. Saat cinta bukan milik mereka,jodoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta,jodoh seolah bukan lagi milik mereka. Jodoh atau cinta? Yang mana hak mereka?





Tajuk : Bila Hati Berbicara
Penulis : Antasya Balqis
Sinopsis : Emir Qasya adalah seorang lelaki muda yang bergelar jutawan. Kisah hidupnya selalu diintai wartawan kerana dia dikenali sebagai salah seorang selebriti yang paling popular di Malaysia. Hidupnya sentiasa dilanda gosip dan selalu dikaitkan dengan model dan perempuan cantik.
Sejak Emir Qasya mewar-warkan akan mencari seorang perempuan untuk dijadikan calon isteri, kehidupannya sentiasa diintip wartawan setiap masa. Gosipnya dengan Babe, seorang model cantik berwajah kacukan menjadi intipan setiap lensa kamera wartawan.
Emir Qasya amat mementingkan darjat dan keturunan dalam memilih calon isteri supaya setaraf dengan kedudukannya. Dalam masa yang sama, Emir Qasya berjumpa dengan seorang perempuan yang bernama Tania Katsura di dalam keadaan yang tidak diduga di kawasan rumah setinggan yang diberi nama Lembah Jingga.
Emir Qasya merasakan Tania Katsura seorang perempuan yang istimewa tetapi dia selalu menafikan hatinya jatuh cinta dengan Tania Katsura kerana dia merasakan yang Tania Katsura tidak memenuhi ciri-ciri perempuan yang layak menjadi isterinya. Tetapi akhirnya dia sendiri memerangkap Tania Katsura dalam perkahwinan terpaksa kerana cabaran Badri fathul sahabatnya yang paling baik ingin memikat Tania Katsura untuk dijadikan teman istimewa.
Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik terhadap Tania Katsura kerana tidak dapat memiliki gadis itu. Tetapi kerana fitnah itu juga hubungan mereka yang retak bertaut kembali.

emm skrg aku xbace lagi novel2 2...bia relax lu....byk hmwork wo....huhuhu...k daaaa...
mau siapkan assgnment...=)

0 comments:

Post a Comment